Menu
Orang asli Australia BudayaPada mulanya, mereka hidup dari berburu dan mencari ikan. Mereka berburu binatang liar seperti kangaru, dengan tombak, panah, dan bumerang (senjata khas orang Aborigin). Di daerah yang beriklim dingin, kulit kangaru ini digunakan sebagai bahan pakaian. Ilmu kemahiran bercocok tanam dan menternak belum dikenali, disebabkan kelompok anak suku aborigin tidak pernah berkelana jauh dari sumber-sumber air atau sungai.
Mereka juga tidak pernah tinggal lama di suatu daerah. Rumahnya amat sederhana, diperbuat daripada susunan ranting pohon dan dedaunan. dalam masyarakat kesukuannya, mereka dipimpin oleh ketua suku yang biasanya juga merangkap sebagai dukun suku itu. Ketua suku juga memimpin upacara keagamaan dan perkahwinan. Agama orang aborigin masih tradisional, mereka percaya terhadap adanya Roh Agung yang menciptakan alam semesta dan isinya. Mereka percaya bahawa Roh Agung kadangkala memberi petunjuk dan bimbingan melalui mimpi.
Menu
Orang asli Australia BudayaBerkaitan
Orang Orang Cina Malaysia Orang Yahudi Orang utan Orang Melayu Indonesia Orang India Malaysia Orang Ambon Orang Melayu Malaysia Orang Asli di Malaysia Orang BanjarRujukan
WikiPedia: Orang asli Australia Http://www.natsiew.nexus.edu.au Http://www.abs.gov.au/Ausstats/abs Http://www.abs.gov.au/ausstats/abs Http://www.atsia.gov.au/ http://www.dfat.gov.au/facts/indg_overview.html Http://www.samuseum.sa.gov.au/tindale/HDMS/tindale... Http://www.abc.net.au/message Http://www.abc.net.au/message/news/ Http://www.dreamtime.net.au/index.cfm http://www.synaptic.bc.ca/ejournal/bib-abn.htm